Soalan : Sekolah kamu
akan mengadakan kejohanan sukan tahunan pada minggu hadapan. Kamu dan rakan kamu
berbual-bual mengenai persediaan-persediaan yang kamu dan rakan-rakan perlu
lakukan untuk kejohanan tersebut. Tulis perbualan yang lengkap antara kamu dan
rakan kamu itu. 
Ikhwan :               Assalamualaikum
Afiq.
Afiq        :               Waalaikumussalam
Ikhwan. Apa tujuan kamu berjumpa dengan saya?
Ikhwan :               Saya ingin
membincangkan tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk kejohanan sukan
tahunan.
Afiq       :               Oh, itu
tujuan kamu berjumpa saya. Bila kejohanan ini akan diadakan?
Ikhwan :               Kejohanan ini
diadakan pada minggu hadapan.
Afiq       :               Awalnya
kita perlu melakukan persediaan. Untuk menghadapi kejohanan ini, saya rasa kita
pelu berlatih setiap hari.
Ikhwan :               Apakah
persediaan yang perlu dilakukan?
Afiq       :               Kita
patut bersenam dan lari mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan.
Ikhwan :               Saya rasa kita
perlu menjaga pemakanan kita. Kita perlu makan makanan yang seimbang.
Afiq       :               Saya
setuju. Saya rasa makanan berminyak patut dikurangkan kerana ia mengandungi
banyak lemak.
Ikhwan :               Sehari sebelum
kejohanan, kita tidak perlu berlatih supaya boleh menyimpan tenaga.
Afiq       :               Kita juga
perlu memastikan tidur kita cukup
Ikhwan :               Loceng sudah
berbunyi. Mari kita masuk kelas.
Afiq       :               Baiklah.
No comments:
Post a Comment