Thursday 6 August 2015

Karangan Berita : Kejadian Banjir

Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal kamu. Tulis berita mengenai kejadian banjir tersebut.

Kemaman, Ahad – Kejadian banjir telah melanda daerah Kemaman baru-baru ini. Beberapa kawasan telah dinaiki air setinggi antara 1 meter hingga 2 meter.

                Kejadian banjir ini berlaku disebabkan hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari. Hal ini menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air dengan cepat. Masalah longkang yang tersumbat juga telah memburukkan keadaan.

                Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir perpindah ke pusat pemindahan. Beberapa pusat pemindahan telah dibuka di kawasan yang terlibat dengan banjir. Di pusat perpindahan, mangsa-mangsa banjir dibekalkan dengan makanan, pakaian dan selimut.

                Selepas beberapa hari, banjir mulai surut. Beberapa pusat pemindahan telah ditutup. Mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.

                Pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat memberi bantuan kepasa mangsa-mangsa banjir. Antara bantuan yang diberikan ialah wang tunai dan makanan. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.


                Mangsa banjir sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Mereka berharap banjir besar seperti tahun ini tidak akan berulang.

32 comments:

  1. not too perfect....................
    laras bahasa/penggunaan kata yang tidak meluas...........

    ReplyDelete
  2. same not too perfect
    just like a 6 years old child eassy

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamla karangan u baik sangat 😑😒karangan dia Sasat masuk google,u punya hanya dapat tengok dalam buku jer 👌

      Delete
    2. Kan..aku sokong kau..

      Delete
  3. is not perfect...
    & not enough..

    ReplyDelete
  4. 太多了吧!这样的KARANGAN我不接受你这样多字的KARANGAN
    A-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oii..x reti bhasa melayu ke nk ckp..

      Delete
  5. I think your essay is not so perfect. The formats should be more formal and more information about the flood victim, victim's death, how the police and the NGO help people who are in needs. Anyway thanks for sharing.

    ReplyDelete
  6. I think your essay is not so perfect. The formats should be more formal and more information about the flood victim, victim's death, how the police and the NGO help people who are in needs. Anyway thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Karangan ini dah bgus tetapi terlalu panjang. Bagi murid UPSR, panjangnya 80 hingga 120 patah perkataan sahaja. Lagi satu, Nama tempat pada awal karangan mesti ditulis dengan huruf besar.

    ReplyDelete
  8. So many spelling error

    ReplyDelete
  9. Tunjuk sat macam mana nak buat karangan berita tentang kejadian banjir lumpur di Kampung Weng.

    ReplyDelete
  10. perpindah tu salah ye yang betul tu berpindah

    ReplyDelete
  11. Ummmm...ok dah..cuma terlalu pendek..

    ReplyDelete
  12. bukan terlalu..cuma bagi saya,saya lebih suka yang panjang la..


    ReplyDelete