Sunday, 11 January 2015

Karangan Fakta : Cara-cara menjadi murid berdisiplin

Soalan : Disiplin amat penting untuk mencapai kejayaan.
Tulis sebuah karangan "Cara-cara menjadi murid berdisiplin".

Ramai antara murid yang mempunyai masalah disiplin.Oleh itu,pelbagai pihak perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
         Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan menghormati dan taat kepada guru.Guru-guru wajar dihormati kerana merekalah mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna.Selain itu, kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang perlu.
         Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua peraturan sekolah.Mematuhi peraturan ini akan akan membentuk peribadi murid-murid agar lebih berdisiplin.Contohnya seperti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap,berambut pendek,beratur  dan sebagainya.
        Seterusnya, untuk menjadi murid yang berdisiplin ,kita hendaklah sentiasa menepati masa.Kita tidak boleh datang lewat ke sekolah, ke kelas atau mengikuti aktiviti kokurikulum.Orang yang sentiasa menepati masa akan sentiasa dihormati.Tambahan pula, masa itu amat berharga.
       Di samping itu, murid yang berdisiplin akan menumpukan perhatian semasa belajar.Mereka tidak akan membuang masa dengan berbual-bual kosong atau menganggu guru semasa mengajar.Melalui cara ini, murid-murid lebih disayangi oleh guru dan akan sentiasa diberi perhatian.

       Kesimpulanya, semua murid mestilah berdisiplin .Melalui didikan agama juga dapat melahirkan murid-murid yang berakhlak dan berdisiplin.

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bagus sungguh laman web ni

    ReplyDelete
  3. Terbaikklah!! Karangan ni now kerja sekolah sy dh siap Thank you..thank you

    ReplyDelete
  4. uuuu...nasib baik ada blog ni kalau tk tak dapat karangan fakta ....nasib tak kena denda dengan cikgu

    ReplyDelete
  5. Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan menghormati dan taat kepada guru.Guru-guru wajar dihormati kerana merekalah mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna.Selain itu, kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang perlu.
    Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua peraturan sekolah.
    KALAU DH SELAIN ITU MANA BOLEH ULANG 2 KALI

    ReplyDelete
    Replies
    1. .Selain itu, kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang perlu.
      Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi
      nmoak x kesalahan di situ

      Delete
  6. wee teroma kasih ahhh dah siap keja sekolah nasib ade laman web ni kalo tak kena denda ngan cikgu huhu...

    ReplyDelete