Sunday 11 January 2015

Karangan Berita : Kempen Minggu Kebersihan

Soalan : Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Kempen Minggu Kebersihan.
Tulis berita tentang Kempen Minggu Kebersihan tersebut.

TEMERLOH, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Minggu Kebersihan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.


Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.

18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Karangan ni bagus... Saya suka cara berceritany.. Tetapi kalau boleh tolong buat 6 perenggan dan Tambah sedikit idea dan kreativiti untuk terus berjaya dan maju ke hadapan.. Apapun, saya ucapkan tahniah kerana telah membuat karangan yang sangat bagus untuk dicontohi umum..

    ReplyDelete
  3. Yay boleh siapkan krja rmh skarang

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana dh buat karangan ni jadi saya boleh lah buat kerje rumah hmmmm terima kasihhh sangat sangat

    ReplyDelete
  5. Jejsueuu44hrururhururury

    ReplyDelete
  6. rasanya kalau ada 6 lagi perfect. walauapapun. great job anyway. karagan mantap tetapi kalau diubah dan diupgrade sedikit, lagi mantap

    ReplyDelete
  7. kalau dihuraikan dengan lebih mendalam lagi bagus. apapun, WELL DONE

    ReplyDelete